Assalamu'alaikum Wr Wb
Rupa
paras Rasulullah S.A.W, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama,
badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang,
rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak
terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus
terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti
bercantum,hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..
Rasulullah
S.A.W mempunyai janggut lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam,
kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih.
Di
dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya
memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara
kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara
dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua
teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya
dan di atas dadanya berbulu pula.
Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya,
jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung
jarinya..
PENAMPILAN DIRI Rasulullah S.A.W
Penampilan
Rasulullah,Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut
dan memendekkan misai.
Berdasarkan hadith yang menceritakan akan perlakuan
Rasulullah S.A.W yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan
tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta
iaitu Allah s.w.t
Apabila
Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian,
pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat
ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan
sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan
sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.
Apabila
Rasulullah S.A.W berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya
dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah
satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang
seperti orang yang melangkah di atas jurang,
Menurut
riwayat lagi, Rasulullah S.A.W itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka menbazir masa.
Rasullullah
S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada
keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut,
kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau
berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali.
Rasulullah S.A.W tidak terlalu kasar atau menghina diri,
senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa
pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila
sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam
riwayat lain, Baginda Rasullullah S.A.W tidak pernah marah untuk dirinya, atau
membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan
semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak
tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak
tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,
Di
waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W terus berpaling dari arah yang
menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan
ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa
seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap
Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat
di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi Allah S.W.T
PEMIKIRAN Dan HATI BUDI Rasulullah
S.A.W
Berdasarkan
Al-Quran dan Hadith-hadith,apa yang difikirkan dan yang tersirat dihatinya
Rasulullah S.AW adalah setiap masa memikirkan kebahagian untuk umatnya,mereka
yang islam atau masih belum islam.Rasulullah S.A.W risau dan bimbang supaya
seluruh manusia hingga manusia yang terkhir di dunia ini taat kepada perintah
ALLAH S.W.T dan perolehi kebahagian dunia dan akhirat.Dan selepas kematian
memasuki syurga ALLAH S.W.T
Dan
riwayatkan dalam sebuah Hadith,di mana kasihnya Rasullullah S.A.W kepada
umatnya.Baginda menggunakan seluruh masa dan hidupnya,siang atau malam tanpa
rehat mendatangi dan memikirkan keadaan umatnya,dengan penuh kasih sayang dalam
hati.Hingga dalam keadaan tidurnya sentiasa berlinangan air mata,dalam solahnya
sebak dihati mengadu pada ALLAH S.W.T untuk kebahagian umatnya, islam atau pun
belum islam..
Rasulullah
S.A.W dalam kasih sayang pada umatnya,memrelakan dirinya, hina sebagai orang
gila,diugut untuk dibunuh,dicerca dan di hina,di di darahi dengan batu dan
senjata dan pelbagai kesusaha.Baginda menghadapi kepayahan semata -mata untuk
umatnya yang di kasihi agar selamat dan bahagia dunia dan akhirat.
KURNIAAN ALLAH S.W. T kepada
Rasulullah
Dalam
riwayat , ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah S.W.T sudah
melantik Nabi Muhammad S.A.W menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak
di alam roh lagi..
Kemudian
, ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja
Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan
penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun
telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, inilah yang aku maksudkan akan
kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.
Daripada
Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu
Rasulullah S.A.W ,telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi
Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah
keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat.Nabi lahir
dalam keadaan yang sudah dikhitankan dan dilahirkan juga dengan tali pusat yang
sudah siap dipotong. Inilah kehebatan Rasulullah S.A.W yang menunjukkan
kehebatan Allah S.WT.
Waktu
zaman kanak-kanak Rasulullah S.A.W. jauh dari perkara-perkara yang tidak baik
,mendatang kerosakan dan dosa kerana dilindungi oleh Allah S.W.
Waktu kanak-kanaknya, ketika berjalan, awan akan mengikut
Rasulullah S.A.W,
Rasulullah
S.A.W dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat
kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Rasulullah S.A.W dari arah
belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. Selain
dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam
seperti melihatnya kita pada waktu siang. Lepas tu, apabila Rasulullah S.A.W
bercakap, orang duduk jauh pun dapat mendengar.
Menurut
riwayat Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam.Riwayat Abu Naim,
peluh baginda tidak berbau. Dan lagi, sebagai tanda kemulian, Allah S.W.T tulis
sifat anggota badan Rasulullah S.A.W Al quran.
Menurut
perawi Muslim pula, nama Rasulullah S.A.W ,Muhammad SAW datang dari nama Allah
S.W.T , Hamada (puji), yang mana sebelum itu tidak ada seorang pun yang
terilham untuk menamakan anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah
S.W.T yang simpan dalam sejarah ilham manusia.
Rasulullah
S.A.W, dapat menghafal al quran ,walaupun dia ialah seorang yang tidak pandai
membaca dan menulis.Rasulullah S.A.W juga, boleh berdialog dengan makhluk yang
lain seperti jin,haiwan ,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
kerinduan kepada Rasulullah S.A.W tidak pernah Terubat...Ya
Rasulullah
Ya Habiballah,kami MerinduiMu...
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN
BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W
"ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAIYYIDINAA MUHAMMAD "